PERASAAN SAYA


Saya dah lama minat cerita ni. Dan dah lama minat soundtrack ni. Apa yang boleh cakap, setiap kali mendengar lagu ni, tak tergambar perasaan saya:) Sejak pertama kali mendengar soundtrack ni, saya sudah jatuh hati. Sebab lagu ni seperti meluahkan perasaan saya setiap kali mendengarnya.

Kepercayaan
Kejujuran
Kesetian
Kasih sayang
Kerinduan
Pengorbanan
Penghargaan

JIKA AKU

Jika aku boleh memilih
Aku memilih untuk tidak mengenalimu
Daripada aku harus melupakan kamu

MEMBILANG HARI BALIK KOLEJ

Assalamualaikum.. Huhuhu-.- Okay. Tak ada apa nak coretkan. Kosong je fikiran waktu jari ni mula menaip. Iyalah. Tak lama lagi semester baru akan muncul. Dan saya confirm dan bekemungkinan besar, seminggu sekali sahaja akan menjenguk blog ini. Di tambahkan lagi subjek saya, kebanyakannya subjek 3 jam kredit, tak ada maknanya saya akan bergoyang kaki semester depan-.-

CUKUP DUIT TAK?

Umi balik lagi hari ni. Haha. Gelabah ea saya. Saya tengah tidur atas sofa kat ruangan solat. Terlena sambil baca novel Suami Aku Ustaz-.- Haha. First time beli novel dah masuk hampir 2 minggu, tapi tak habis-habis lagi baca. Entah kenapa, sepeti saya jenuh nak menghabiskan novel ni. Novel yang setebal alam pun, paling tidak 3 hari je saya habiskan, novel ni tak habis-habis lagi. Okay. Kita abaikan bab novel. Haha.