Assalamualaikum. Salam hari rabu. Hehe. Tak ada kerja. Untuk minggu ni masih ada saki baki kelas yang lect ingin buat. Jadi saya masih bertapa di KUIS, dan tidak dapat pulang ke kampung halaman. Rindu dah bergunung untuk pulang ke rumah. Saya kalau tension beginilah jadinya. Nak balik, nak balik, dan nak balik. Supaya sedikit kekusutusan saya terhapus apabila melihat ummi. Kehangatan kasih sayang ummi, sentiasa membuat saya bahagia ^_^ Alhamdulillah.
Hari sabtu lepas, saya mengambil kesempatan hujung minggu saya untuk menghabiskan baki boucer buku RM100. Tak tahu nak digunakan untuk membeli apa, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli pen untuk masuk exam. Beli pen Pilotlahkan. Bagi tulisan senget dan laju macam saya, saya memang cerewet dalam memakai pen. Dari sekolah menengah, saya memang memakai pen Pilot.
Tapi bila dah hidup dalam serba serbi berserdahana ni, saya hanya beli pen Pilot hanya waktu exam. :D Yelah. Pen dia kan dakwat cair, pula tu mahal, saya pula banyak menulis, kopaklah saya kalau guna pen tu untuk menulis. Tapi saya masih simpan koleksi pen Pilot saya sejak diploma lagi:D Saya gunakan untuk membuat nota exam. Hak3x. Owh. Jauh pula melalut. Bukan yang ni nak diceritakan.
Sabtu tu pukul 8.30 pagi saya dah bersiap-siap menggosok baju, kemas katil dan pergi mandi. Memandangkan ada announs mengatakan bekalan elektrik dan air akan terputus dari pukul 10 sampai pukul 3, saya kena ready awal. Well. Saya sudah biasa bersendirian tanpa mengharapkan orang lain. Of courselah, pada asalnya saya ingat saya nak pergi seorang diri.
Bagi saya amat lecehlah, nak buat sesuatu perkara mengharapkan orang lain. Lagi pun, benda mudah, takkan nak ajak berteman. Opss. Dalam fikiran saya. Tapi ummi saya, sejak malam tu tak lena tidur, sebab cakap saya nak keluar seorang diri menjelajah KL. Err. KL ke? :P Tengah saya bersiap-siap, roommate saya bangun. "Kak. Ada air tak kat bilik air?" "Ada" Dengan pantas dia bangun. Tak lama tu dia masuk "Akak nak ikut boleh?" Saya tersenyum mengangguk. "Tak apa ke?" Saya yang blur. "Lah. Apasal pula tak boleh? Bukan kedai tu bapa akak punya" Dengan nada gurauan. Dia tergelak.
Saya mula ingatkan ingin memakai Baju t-shirt Muslimah dan seluar slack, memandangkan ingin berjalan dan turun naik tangga. Tapi rasa malas pula, last-last saya menyarungkan jubah hitam di badan saya, dan tudung labuh hitam. Pendek kata, hari tu saya memang hitam. Haha~ Pakai kasut penuh bertutup hitam, dan handbag hitam. Kalau dengan mak saya, dah lama kena bantai komennya. "Mana sesuai nak berjalan pakai macam ni. Awak kena tahu, baju nak pergi jalan macam mana, baju nak pergi kelas macam mana. Ni formal" Tengah bersiap-siap saya dah tergelak bayangkan mak saya.
"Wahidah dah pergi Mid Valleykan hari tu? Kita pergi The Mineslah" Saya memberi cadangan pada Wahidah. "Eh. Kat The Mines ada ke MPH or Popular" Saya menggaru-garu kepala saya sambil berfikir sendiri. Saya lebih suka The Mines kerana tak sesak. Maklumlah hujung minggu. Confirm Mid Valley penuh dengan lautan manusia. Wahidah menggangguk tanpa banyak bicara. Hala pergi, kebetulan ada bot, jadi kami yang memang malas, mengambil kesempatan menaiki bot. Fuh. Romantik je rasa:p Hehe.
Dah sampai The Mines, baru call Kak Teah, The Mines ada kedai buku apa. Dalam kepala saya, seingat saya sejak dari Diploma selalu merayap The Mines, tak pernah jumpa kedai buku. Haha~ "Wahidah. Macam mana? Kita pergi Mid Valleylah?" Wahidah pun mengangguk setuju. "Okay tak Wahidah ni. Asyik setuju je" Bimbang dalam hati saya, Wahidah terpaksa. Haha. Habis burn tiket pergi balik Serdang - Bangi. Sampai Mid Valley, fuh. Seperti yang dijangka, memang penuh. Nasiblah. Nak buat macam mana.
Saya ingat-ingat lupa MPH Mid Valley di mana. Last datang awal tahun lepas tak silap saya. Tapi saya ingat kedainya di bawah. Tapi sebab Wahidah yang baru lagi pergi MPH Mid Valley, jadi saya ikut dia menjadi penunjuk arah, walaupun saya ragu-ragu. Hahaha. Akibatnya, berapa kali kami ulang tempat yang saya. Dahlah besar. Memang terbaik. Akhirnya jumpa juga MPH. Waktu kami turun escalator, kami menghadap depan. Padahal MPH belakang je. Tak pandang belakang, terus jalan. Memang selamatlah.
Dah jumpa MPH, saya ingat nak cari Jurnol Undang-undang. Buku tu penting, sebab banyak kes dalam dia. Saya kena ingat dan fahamkan setiap kes. Buku tu bukan semester ni sahaja boleh guna, bahkan dah kerja, dan beranak pinak pun boleh guna:p Tapi malang, sebab MPH terlalu ramai orang, saya tak boleh cari dengan teliti. Dengan tak pakai spek. Saya rasa memandang semua tempat menjadi 3. LOL. Semua tempat yang saya nak pergi, Wahidah yang carikan. Hihi.
Akhirnya selepas hampir 1 jam tercongok dalam tu, saya pun membayar. Hehe. RM99.38. Kih3x. Tak ambillah balance tukan. Kalau yer pun, memang tak dapat balance kalau guna boucer. Kena ambil barang lain. Tapi barang apa yang boleh dibeli guna baki yang beberapa sen tu?-__-" Dari saya kena tambah duit, baiklah saya bagi untung je orang MPH tu. Haha. Hala balik, singgah big Apple. Macam biasa. Donat kegemaran saya:D Kalau pergi The Mines ke, Mid Valley ke, Alamanda ke, kalau rasa tengah "berwang" sikit, saya teringinlah nak beli. :D
Memang terbaiklah hari tu. Kaki saya rasa nak tercabut. Selamat saya pakai kasut. Selesa kaki berjalan. Waktu jalan-jalan tu, ada juga usya kasut untuk semester 6 nanti kot. Kasut nak masuk court. Wah. Saya pun nak usya-usya blazer dan baju hitam putih. Saya paling menyampah selisih sebelah senior law, yang kebetulan nak masuk court ataupun hala balik. Jalan macam mendabik dada je. Senyum pun taknak. Dalam hati "apa kau ingat, kau seorang je ambil law. Tengoklah nanti aku dah senior, aku pakai macam tu jugalah" haha. Tak boleh blah je angan-angan saya.
Tapi bukan tulah tujuan saya ambil law. Mengarutlah. Haha. Macam dalam entri lepas, saya ada cakap, sebelum sambung Degree, saya ada misi saya, kenapa saya ambil law. Ada niat saya, nak fight sesuatu, berkaitan hak saya. Saya nak tuntut segala-galanya. Bila ummi dapat tahu, ummi sangat marah pada saya. Yer. Saya salah niat waktu tu. Ummi ingatkan balik, apa yang dia beri selama ni. Takkan masih tak cukup, hingga nak fight, dan tuntut. Bila buka semula minda saya. Yer. Saya dah miliki segalanya. Lebih dari saya tak ada. Kenapa perlu macam tu.
Semalam. Syafawi al-Quran. Memang semalaman, dan sepagian saya memulun habis 6 surah. Haha. Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar. Dengan ustaz pun bestkan. Memang sempoilah waktu tu. Hurm. Apa lagi nak cerita. Tak ada dah. InsyaAllah, esok saya balik Temerloh. Macam biasa, saya akan pulang juga sebelum exam. Minta restu. Walaupun boleh cakap melalui telefon, tapi puas kalau sekadar dengan suara. Nak tengok wajah ummi juga:)
Again and again, doakan saya dan kawan-kawan saya final exam ni. Start Isnin ni. Ni entri bukan terakhir :D Haha. Bye.





0 Soleh&Solehah:
Catat Ulasan