Assalamualaikum. Salam sejahtera. Hewwww. =_=" Now, dah kat KUIS semula. Hari rabu hari tu, lepas tasmi' baki surah yang tak di tasmi' terus cabut balik Temerloh. Memang dah tak tahan sangat nak balik. Rasa rindu sangat pada ummi. "Tak boleh balik esok ke?" Tanya classmate saya. Haha. Saya kalau dah bulat tekad, badai mendatang sanggup diredahi:p
Habis tasmi' pukul 4. Saya memang dah prepair beg awal-awal dari kelas Masodir. Beg galas je. Haha. Saya bawa beg laptop je. Nak bawa balik lapt saya tinggal dekat Temerloh. Hari tu surah yang tak hafal dan ada juga tak lancar, bantai saya pergi tasmi' sama. Situ tasmi' situ juga saya hafal. Haha. Well. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan tasmi' saya hari tu.
Sebelum memulakan perjalanan saya keluarkan duit dari ATM. Waktu tu memang duit saya ada RM23. Cukup terlebih cukup. Tapi bimbang sebarang kemungkinan, dan takut menghadapi kemungkinan, baik saya sediakan payung sebelum hujan. Di buat jadi apa-apa kat tengah KL tu, mana nak ragau duit. Kalau ada ATM tak apalah. Kalau tak ada. Memang cari pasal.
Dalam KTM ada seorang hamba Allah menegur saya sambil tersenyum. "Assalamualaikum. Ingat lagi saya?" Saya mengerutkan dahi. Pandang muka sekilas lalu. "Kenal ke?" Saya menunjukkan jari telunjuk saya ke arah saya. Dia menggelengkan kepala. "Dulu, dalam tren, tengah ramai orang. Dah lupa?" Saya pandang sekali lagi. Jaket USIMnya mengingatkan saya pada sesuatu. Saya pandang sekali lagi. Saya mengangguk dan tersenyum. Tapi saya jadi blur. "Dia boleh cam aku lagi??"
Yer. Orang ini pernah protect saya sewaktu berdiri di penjuru dalam tren. Waktu tu memang terlalu padat manusia. Waktu tu masih tiada peruntukkan koc wanita dekat KTM. Tapi sungguh. Terlalu lama masa itu. Dia masih mengingati saya. Meremang bulu roma saya tiba-tiba^^" Dia duduk di depan membelakangi saya, dan menghadang saya dari di himpit oleh lelaki-lelaki yang berada di situ. Saya rasa selamat waktu tu :D Hehe. Tamat di sini :p
Saya dapat naik bas pukul 6. Dah dalam bas, baru call ummi. Kecut jantung ummi sebab saya cakap saya dalam bas. Haha. Suka buat ummi terperanjat. Dalam bas saya membuta. Pula tu tak ramai orang. Jadi saya buatlah aksi kuak lentang saya. HAHA. Tipu je. Saya sampai Temerloh dalam 7.40. Turun dari bas, kereta ummi tiada lagi. Jadi saya mengambil kesempatan masuk ke dalam The Store membeli bekalan makanan:D
Tengah mencari cokelat, ummi call. "Jap-jap. Adik dalam The Store ni" Selesai membayar saya terus pergi ke tempat parking. "Nak makan apa?" Ummi tanya. "Tak yahlah. Dah beli Maggi" Hehehe. Ummi menggelengkan kepala. "Nak singgah kedai kaklong tak beli makanan" Saya menggelengkan kepala. "Tak naklah. Nak balik. Dah tak larat. Penat sangat." Sampai rumah je "Ada lebih nasi ayam tu. Makan lah" Haha. Ummi seboleh-bolehnya nak halang saya makan maggi. Bagi menjaga hati ummi, saya makan jugalah baki nasi ayam yang ada.
Selera je makan ea. Sebab nasi ayam. Hehe. Lepas tu, bersihkan badan semua. Terus membuta saya tak sedar diri. Esoknya, lepas subuh, ummi bagi satu benda dalam paket suruh minum. Saya yang mamai-mamai tu ikut perintah. "apa benda ni mi?" Ummi ambil satu kertas, dan bagi saya baca. "Ooo. Yang dalam iklan kat IKIM tu ea. Berapa ni.?" Saya tanya pada ummi. "Ummi beli 1 set. Dapat potongan 15%. Semuanya RM135." Saya mengangguk. Setahu saya, sejak saya sakit teruk waktu diploma semester 3, saya dah tak ada dah sakit seteruk sakit yang tu. Bila saya baca-baca dalam kebaikan mengamalkan makanan tu, ada untuk mata, minda dan jerawat rupanya. Saya cuma tergelak.
Hari selasa tu, tengah main game, saya rasa ada orang datang dari belakang. Aqil rupanya. Yang Allah. Makin comel. Saya terus bersila, ambil dan dukung dia. Cium dia puas-puas. Gerammmmm!. Haha. Time tu dia tengah makan roti. Saya pula yang terliur. "Aqil. Ada lagi tak roti?" Dia senyum ralik memandang game. Tapi memandang dan menjawab "ate." Saya teruja mendengarnya. "Mana?" Dia menyuapkan baki roti yang ada di tangannya, "da abesh da" Hahaha. Bijak betul adik sepupu saya. Terhibur hati saya hari tu.
Ummi memanggil Aqil untuk minum susu lantas untuk menidurkan dia. Dia masih ralik bermain di depan laptop saya. Saya yang bangun. "Aqil. Ummi panggil. Cepat pergi minum susu. Kalau tak akak minum" Aqil terus bangun, dan pukul saya. "Tak payahlah" Saya gelak. "Cepat minum." Aqil buat tak tahu waktu tu. Saya terus baring atas tempat tidur dia. "Nak tak nak? Kalau tak akak tidur atas ni" Dia terus tolak saya (bajet kuat) Haha. Saya capai botol susu dia. "Aqil nak. Aqil nak tidur" Saya pun bangun dan bagikan botol susu pada dia.
Hari jumaat, ummi masak nasi ayam lagi. Wuhoooo. Haha. Dalam pukul 10 lebih, lepas saya mandi, Aqil pun sampai. Sampai-sampai terus lari dalam bilik saya. Saya kejar dia. Bawa ke luar. Dia tak nak keluar. Saya sakat dia tutup pintu bilik. Last-last dia bangun. Saya ingat dia nak keluar. Rupanya lagi nak tutup pintu bilik tu. Haha. Bertuah. Saya sekat pintu tu dengan kaki saya. Puas Aqil tolak. Last-last dia keluar. Saya masuk bilik, dan terus kunci bilik. Saya keluar bilik semula dekat pukul 2. Tengok ummi tengah dodoikan Aqil. Mungkin Aqil terperanjat waktu tengah tidur. Muka dia nampak tegang. Dengan kenakalan yang ada, saya terus baring di sebelahnya. Haha. Dia tolak saya. Saya tolak dia. Dia pukul saya, saya pukul dia. Sampai ummi marah. Haha. "Awak ni. Janganlah kacau Aqil. Dia tengah mood nak tidur tu" Saya buat tak tahu. Saya teruskan ekspedisi menyakat Aqil. Last-last Aqil menangis, bangun terus saya. Haha.
Tak lama tu Aqil tidur semula. Saya jumpa satu selendang dekat atas kerusi. Saya ambil dan kacau Aqil tidur, dengan melalukan selendang itu atas badan dia. Haha. Ummi nampak, ummi terus ligan saya dalam rumah. Haha. "Awak ni. Tak padan ke besar nak menyakat budak" Ummi tergelak-gelak sambil marah saya. "Adik kecil lagilah. Masih memerlukan seorang ummi" Haha. Lepas tu saya bersila sebelah Aqil yang tengah tidur. Di sebelah dia, ada lori permainan dia. Dalam lori tu ada bola kecil dan kereta kecil. Tahu tak? Tahu tak? Haha. Saya main bola dengan kereta tu. Hahaha. Saya undokan kereta tu kebelakang dan lepaskan. Lepas tu saya undokan lagi, sekat tayar kereta tu, letak kat sebelah telinga Aqil. Haha. Kacau Aqil tidur:D
Last-last Aqil terjaga. "Akak!!! Bak ball. Nanti kempisshh" Saya buat bodoh. Saja sakitkan hati dia. Bila nampak muka dia nak nangis, saya letak ball dia dalam lori semula. Lepas tu saya ambil. "Akak!! Nak ball" Saya jebikkan muka. Dia menangis. "Tikus ambillah. Bukan akak" Aqil marah lagi. "Nak ball. Akak. Nak ball!!" Kali ni ummi pula menyokong Aqil. Haha. "Adik. Bak sini bola Aqil" Saya gelengkan kepala. "Tak. Tikus ambil" Haha. Lepas tu saya main lantun-lantunkan bola tu. "Akak. Kan tikus dah ambil bola tu" Aqil pula cakap. Wawawa. Dia nak kata sayalah tikus tu. Ciss. Adik sepupu yang bijak. Saya dengan ummi tergelak waktu tu.
Lepas Aqil balik je, saya dengan ummi keluar, cari barang sikit. Lepas tu nak tampal tapak kasut saya. Tapi malang, orang tu tengah busy sangat-sangat. Banyak kasut dia nak kena settlekan. Dia cakap, isnin baru boleh siap. Memang taklahkan. Saya ternampak kedai emas. Saya menjeling-jeling ke ummi. Sebab ummi selalunya suka masuk kedai emas. Haha. Tapi tak masuk. Dah nak masuk kereta, eh silap. Saya dah masuk dalam kereta. "Adik. Singgah kedai emas kejap" Berbunga-bunga hati saya waktu tu. Saya bukan nak beli emas. Nak tengok cincin. Usya-usya design cincin emas yang cantik ;)
Malam tu lepas maghrib, ummi pergi ke ruang tamu. Saya pun ikut saya. Ummi duduk di atas sofa, dan meminta saya membuka kipas. Saya nampak port yang sangat sweet sebagai seorang anak. Lepas buka kipas, saya terus terkam dan letakkan kepala saya atas riba ummi. Heee~ Jangan jeles. Ummi gelak waktu tu.
Ummi: Ehhh awak ni. Dah besar2 pun nak baring atas riba ummi.
Saya: Biarlah.. Aqil tu boleh je tidur atas riba ni.
Ummi: Eh. Aqil tu baby lagi. Awak ni dah besar panjang.
Saya: Tak kira. Nak baring juga atas riba ummi. Kalau tak, esok Aqil tak boleh tidur atas riba ummi. Adik kacau dia tidur. (sambil gelak jahat)
Ummi: Eh awak ni (sambil tergelak dengan gurauan saya) Dah besar pun nak dengki kat Aqil. Tak padan ke umur dah 20 tahun. Aqil baru setahun.
Lepas tu ummi suruh saya ambil handphone dia dalam bilik. Bimbang Ami ada mesej or call. Saya pun pergi ambil. Betul jangkaan ummi. Saya terus call Ami, dan bagi handphone pada ummi. Siap saya yang pegang handphone tu. Haha. Last-last saya ambil tangan ummi, bawa ke handphone tu. Ami tengah on the way dah waktu tu. Dia nak pinjam mesin jahit. Maklumlah. Orang lepas SPM, belajar menjahit. Ummi dah bising dah saya tak pandai menjahit lagi:D Bab memasak ummi kurang risau, sebab dia tahu saya suka memasak, buat kuih, buat kek. Tapi bila kemahiran menjahit ni dia bertegas sedikit. Paling tidak boleh jimat duit untuk upah menjahit baju. Terutamanya dah kahwin nanti.
Baik-baik. Cuti semester tiga bulan ni saya belajar menjahit yer;) Hari ni dah balik KUIS. Rasa menyesal pula beli tiket hari sabtu. Terasa nak balik hari ahad. Tengok. Sekarang dah rindu. Huk3x. Anak ummi sungguh saya ni. Macam manalah dah kahwin nanti ;) Tadi sebelum balik KUIS, saya singgah Mid Valley. Tahu sebab apa:P Haha. Semata-mata nak makan Big Apple. Kikiki. SEMATA-MATA okay. Saya turun di station Bandaraya, dan tukar ke Komuter. Dalam Komuter sebenarnya dah rasa menyesal dah sebab nak singgah Mid Valley. Sebab takut penuh. Memang yer pun. Dahlah hala balik KUIS, dah sampai Kajang, tiba-tiba suruh turun tukar tren. Dekat setengah jam tunggu tren. Lepas tu tak dapat masuk koc wanita. Selamat saya duduk tengah-tengah dan sekeliling perempuan. Dalam keadaan macam tu teringat Hamba Allah tu :p Peace. Bye.

0 Soleh&Solehah:
Catat Ulasan